Kata hubung ialah perkataan yang menghubungkan
perkataan dengan perkataan, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat. Contohnya
:
i) Kata
hubung gabungan : dan, atau, lalu serta
tetapi.
ii)
Kata hubung pancangan : agar,
apabila, sekiranya, sebelum, bahawa, hingga, jika, manakala, sambil dan
sebagainya.
iii) Kata hubung berpasangan : baik...ataupun, baik...baik, bukan sahaja...tetapi juga, bukan sahaja...bahkan juga dan sebagainya.
iii) Kata hubung berpasangan : baik...ataupun, baik...baik, bukan sahaja...tetapi juga, bukan sahaja...bahkan juga dan sebagainya.
Contoh ayat :
1. Faizal
dan Yin Han meminjam buku di
perpustakaan.
2. Ibu
memasak di dapur manakala ayah
memotong rumput di halaman rumah.
3. Sesungguhnya umurnya enam tahun namun
dia sudah pandai membaca.
Soalan Latihan Kata Hubung :
Pilih kata hubung yang betul.
1. Kamal
makan nasi __________ menonton televisyen.
A
kerana B sambil C dan
2.
Peniaga itu menjual buah durian, manggis, __________ rambutan di
gerainya.
A dan
B atau C sambil
3. Pak
Ali menguncikan pintunya __________ keluar.
A dan B
sambil C lalu
4. Ah
Chong bangun awal tiap-tiap pagi __________ tidak lewat ke sekolah.
A lalu B kerana C supaya
5. Adik
menangis __________ dibuli oleh kawannya.
A kerana B supaya C dan
1. B
ReplyDelete2. A
3. C
4. C
5. A
Betulkah jawapan yang saya jawab?
Bagus!!
ReplyDeleteMenarik dan seronoknya....
ReplyDelete