Monday 10 December 2012

Kata Ganda


Kata ganda ialah kata yang diulang sebahagian atau seluruhnya. Kata ganda menerangkan maksud banyak atau tunggal.
Contoh:
Kata ganda seluruh yang membawa maksud “banyak” : budak-budak, baju-baju, bilik-bilik
Kata ganda seluruh yang membawa maksud “tunggal” : orang-orang, mata-mata, rama-rama
Kata ganda separa/yang digandakan sebahagiannya : kabu > kerabu, jentik > jejentik

Latihan Kata Ganda:
Berikan kata ganda separa bagi perkataan di bawah ini.

1.       jari-jari  >> ________

2.       kisi-kisi  >> ________

3.       biri-biri  >> ________

4.       daun-daun  >> ________

5.       kabu-kabu  >> ________ 

6.       tamu-tamu  >> ________

7.       langit-langit  >> ________ 

8.       pohon-pohon  >> ________

9.       burung-burung  >> ________ 

10.   patung-patung  >> ________

Saturday 8 December 2012

Pemahaman


PETIKAN 1
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

 
Saya ada jiran baharu. Nama jiran baharu saya Encik Peter dan Puan Jessy. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, iaitu Daniel. Saya dan Daniel sebaya.
         Mereka sekeluarga berasal dari Johor. Saya sangat gembira kerana mempunyai kawan baharu. Daniel seorang yang baik hati.


      1.       Siapakah nama jiran baharu “saya”?
        A     Encik Ramli dan Encik Peter
        B     Encik Daniel dan Puan Jessy
        C     Encik Peter dan Puan Jessy

      2.       Siapakah nama anak lelaki jiran baharu “saya”?
        A     Daniel               B     Jessy               C     Peter

      3.       Dari manakah jiran baharu “saya” berasal?
        A     Pahang             B     Johor               C     Melaka

      4.       Mengapakah “saya” berasa sangat gembira?
        A     Mempunyai basikal baharu
        B     Mempunyai jiran baharu
        C     Mempunyai kawan baharu

      5.       Antara berikut, yang manakah benar tentang sikap Daniel?
        A     Baik hati          B     Peramah          C     Degil