Saturday 8 December 2012

Pemahaman


PETIKAN 1
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

 
Saya ada jiran baharu. Nama jiran baharu saya Encik Peter dan Puan Jessy. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, iaitu Daniel. Saya dan Daniel sebaya.
         Mereka sekeluarga berasal dari Johor. Saya sangat gembira kerana mempunyai kawan baharu. Daniel seorang yang baik hati.


      1.       Siapakah nama jiran baharu “saya”?
        A     Encik Ramli dan Encik Peter
        B     Encik Daniel dan Puan Jessy
        C     Encik Peter dan Puan Jessy

      2.       Siapakah nama anak lelaki jiran baharu “saya”?
        A     Daniel               B     Jessy               C     Peter

      3.       Dari manakah jiran baharu “saya” berasal?
        A     Pahang             B     Johor               C     Melaka

      4.       Mengapakah “saya” berasa sangat gembira?
        A     Mempunyai basikal baharu
        B     Mempunyai jiran baharu
        C     Mempunyai kawan baharu

      5.       Antara berikut, yang manakah benar tentang sikap Daniel?
        A     Baik hati          B     Peramah          C     Degil

4 comments: