KUPU-KUPU TERBANG
MALAM
Kupu-kupu dan rama-rama
berkawan baik dengan seekor lebah dan seekor mentadak. Mereka selalu mencari
makanan bersama-sama. Kupu-kupu, rama-rama dan lebah amat menggemari madu
manakala mentadak akan menangkap serangga-serangga kecil seperti nyamuk dan
semut. Musim bunga telah berlalu dan musim hujan pula telah tiba.
Serangga-serangga ini berasa sukar hendak mencari makanan. Kadang-kadang hujan
turun sepanjang hari. Kupu-kupu dan kawan-kawannya terpaksa menahan lapar
kerana tidak boleh keluar mencari makanan.
Pada suatu pagi, cuaca amat cerah. Tiada tanda-tanda
hujan akan turun tetapi di tanah keadaan masih becak. Empat sekawan itu telah
keluar awal kerana bimbangkan keadaan cuaca yang tidak menentu. Rama-rama
menghisap madu di sekuntum bunga melur. Lebah dan mentadak pula mencari
serangga di pokok-pokok bunga matahari yang sedang mekar menguning. Manakala
kupu-kupu pula memilih madu bunga mawar yang merah warnanya.
Ketika mereka sedang menikmati makanan masing-masing,
seekor gagak hitam sedang asyik memerhati kupu-kupu. Warna kupu-kupu yang
cantik menarik perhatiannya. Gagak juga teringin berpenampilan menarik seperti
kupu-kupu. Tiba-tiba terlintas di fikiran gagak bahawa mungkin ia akan menjadi
lebih cantik jika makan makanan yang berwarna-warni. Selama ini ia hanya memakan
sisa-sisa makanan di dalam tong-tong sampah yang berbau busuk.
Kupu-kupu tidak sempat terbang dan terjatuh ke dalam
becak. Seluruh tubuhnya disaluti oleh lumpur yang tebal. Rama-rama, mentadak
dan lebah bersyukur kerana kupu-kupu masih hidup kerana terjatuh di tempat yang
lembut. Mereka mencari air untuk membersihkan lumpur di badan kupu-kupu tetapi
hanya air berlumpur yang mereka temui. Air di sungai berdekatan pula amat
keroh. Lumpur yang melekat di badan kupu-kupu telah mula kering dan mengeras.
Kupu-kupu tidak boleh terbang semula ke sarang.
Kupu-kupu bernasib baik. Pada waktu petang, hujan turun
dengan lebatnya. Kupu-kupu segera mandi untuk membersihkan lumpur di badannya.
Akhirnya kekotoran di badannya berjaya dibersihkan. Namun malang bagi
kupu-kupu, dan sayap-sayapnya tidak lagi cantik berseri. Badan dan
sayap-sayapnya telah menyerap warna lumpur yang keperangan. Puas kupu-kupu
menyental badan dan sayap-sayapnya namun warna-warna suram itu tidak juga mahu
pergi.
Kupu-kupu telah
menggigil kesejukan. Rama-rama, lebah dan mentadak memujuk kupu-kupu supaya berteduh
buat seketika. Apabila hujan reda, empat sekawan itu terbang pulang ke sarang
masing-masing. Kupu hanya duduk termenung sambil menangisi kejadian malang yang
menimpa dirinya. Kupu-kupu tidak lagi mahu keluar bersama rama-rama dan
rakan-rakannya mencari makanan. Setiap kali hujan, kupu-kupu akan keluar untuk
mencuci warna lumpur tetapi masih tidak berjaya.
Oh, inilah perbezaannya...
ReplyDeleteSaya sukakan cerita begini...
ReplyDeleteTerima kasih...;>
ReplyDeleteCerita yang baik....
ReplyDeleteSebuah cerita yang berpengetahuan.....
ReplyDeleteSaya suka membaca cerita sambil mendengar lagu..
ReplyDelete